Latar Belakang

Written by Super User on . Posted in General

LATAR BELAKANG MPP

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) adalah satu badan induk kepada semua kelab dan persatuan pelajar di Universiti Malaysia Pahang(UMP).

Seramai 23 orang telah dipilih untuk menerajui pimpinan mahasiswa di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

MOTTO

Memperkasa kepimpinan,

Mendokong Kesatuan,

Mencetus Kejayaan. 

 

 

VISI

Mendukung hasrat Universiti dalam melahirkan mahasiswa yang berketerampilan selaras dengan Pelan Strategik UMP.

MISI

       Mengangkat nilai kepimpinan berintegriti ke arah amalan pengurusan dan budaya kerja cemerlang.

       Memperkasakan nilai insaniah yang merangkumi segenap aspek pembangunan mahasiswa dalam menghasilkan graduan berketerampilan.

       Menjana mahasiswa berintelek dalam mendepani cabaran dunia kompetitif.

       Melestarikan budaya integrasi nasional dalam kehidupan kampus.